White Bunny Rabbit
RSS

Enjoy Reading my Blog darlings!


ShoutMix chat widget

Bukit Merah


Bukit merah..
1st2 memang excited nak pergi..
tapi bila masuk2..kedebuk!macam kena hempap dengan batu besaq..coz tak best kot!
nak tau x..
gelongsor yang kebende tah tu..
kena pakai swimsuit/tracksuit/tshirt..
NO SHORT..
apa cher?
kitaorang punyalah bengang..sampai skang x ilang2..last2 kitaorang mandi dekat tempat yang biasanya ada kat lost world/sunway..

dah la tiket rm30++..tak silap aku..
sebab aku dapat masuk free..yay!XD

lost world lagi best..
sebab rule dia tak ketat..nak pape pun buleh..XD

so..aku nasihatkan..janganlah kome p bukit merah..
air dah la masin!
nak mandi pun xsenang..

so aku cadangkan korang pergi je la lost world of tambun..harga tiket sama je..kat lost world adult..RM36 seingt aku..kalo budak2..rm32 (seingt aku..lagi)

XD

lost world ada buaian pusing2..ada yang baling2 barang dapat bear2..ada blab la bla..
ada petting zoo..ada..semualah!tapi tade a mcm sunway..sunway lagi terbaekk~XD

Post ini hanya hendak memberitahu anda..yay!T.T

XD

Hangout

ingat tak post sebelum2 ni?
yang pasal hangout..
ok..kali ni memang menjadi!
semalam..ari sabtu..
aku keluar dengan azrena & pak dolah..
punya lah happy!
tu pun sebab depa sambut kemenangan perbarisan rumah merah depa tu..
aku pun apa lagi!
join makan KFC a!
tapi..aku bukan rumah merah..
jadi aku terpaksa pretend mcm aku masuk rumah merah..
kahkahkah!
teruk gila kan ?
memula rasa bersalah gila..T.T
tapi bila kenyang..hati pun senang..XD

hehehe..
dah makan semua..kitaorang pergi popular..
aku apa lagi?
sergah novel a!
memula..xde langsung yang menarik perhatian aku..
then tetiba aku jumpa novel yang agak tebal berharga RM21..'Penjara rindu' (lupa la tajuk..saya tau baca je XD)

then bla bla bla..
pak dolah kena blah..
tinggallah aku dengan azrena..jalan jalan jalan cari bangku..
penuh..
bila ada..tetiba ada pulak mamat sama sekolah sama form semua..amek tempat duduk tu dengan minah yang aku xkenal..awek dia kut..
punyalah aku bengang..
ALHAMDULILLAH..
tetiba aku nampak kerusi kosong yang betul2 kosong dekat hujunggggggggg..xtau hujung mana..yang pasti jauh dari mamat ngek tu..

aku punya penat..terus lari semata2 nak dptkan kerusi tu..XD

lps dah duduk..aku stalk mamat yang curi kerusi aku tu with azrena..kahkahkah!XD

punya lah syok..kekadang aku belek novel aku tu..

memang the best a!walopon tak seberapa cara kitaorang berlepak..tapi aku menggila..entah le.XD

lps tu mak azrena amek kitaorang..pergi tesco sat..teman depa beli barang for majlis apa tah..
then bla bla bla..
mak dia ajak p makan..
makan?aku minum je..azrena dengan mak dia je makan..hehehe.

so bla bla bla..balik rumah..

and as always..BACA NOVEL BARU TERBARU BERBAU HARUM itu..XD

tu je le..

Takpe..


yep..
aku memang suka cakap takpe bila orang tanya hal2 yang boleh menyebabkan aku marah or kecik hati or sedih or whatever yang berkaitan dengan perasaan
tapi aku hanya berkata di bibir..
sebab xkan aku nak cakap macam ni


harem betul hang ni!

lps tu hentak pale kat dinding?
so aku kenalah cakap "takpe"
sebab aku malas nak kasi korang cakap "sorry"

tapi kalau dah langgar aku tu cakap "sorry" a der..
kalau tak memang kena maki dengan aku a..

so..tolong faham kalau aku cakap takpe..xbermakna aku tak kisah..tak marah tak bla bla bla~

:D

Correction(for syseyra)

amboi!
correction apa pularks aku ni..
macam exam pulak..
cikgu suruh buat correction mana2 soalan yang salah!
kahkahkah!

jokejoke..

ni..
aku xde lah rapat sangat..
dulu je..waktu 1st year..
sekarang dah kurang~ :D

lagipun aku dah malas nak fikir psl nama group korang..

aku kawan semua orang~

and jangan lah rasa bersalah..
aku buat entry tu pun saja lepaskan geram..
skang dah okay~hehehe~

dun worry k!

tapi kalau nak benci aku..
no commentlah..

aku xde hak nak marah korang ke apa..:D

yang pasti aku suka tolong orang dan suka kawan dengan semuaaaa orang :D


Peace no war~ ^.^V

Awi Rafael - Pulanglah


Okay okay!
Harini saja buat entry pasal lagu Awi Rafael..
best tau lagu Awi rafael ni..
dia campoq bahasa english and malay
ada sesetengah tak suka bahasa rojak
tapi aku suka!Rojak ke..xrojak ke..
aku layan je..janji best..

ops?memang lagu ni dah lama..dah ramai tau
tapi tak salahkan kalau aku buat entry pasal lagu ni?lagi pun xlama mana pun lagu ni..
hehehe..

tapi bg org yg tak pernah lagu ni..SILA DENGAR!
best!To me lah kan...bagi ko aku xtau lah pularks..hehehe!<3

sambung..


sambung entry sebelum entry ni ..

Okay..aku emo balik..

sbb aku teringat balik hal tu..

okay!masa untuk bercerita..


setiap kali depa buat sumthing pebende lah kan..
mesti ada tulis nama group tu..

AHHH!!

tolonglah!Azrena..adillah!I NEED UR HELP!

gila emo aku..
tengah2 pagi lagi puloks tu!haish..T.T

atleast,bagi la tau

Uiks?
kenapa ni?
okay post ni aku update tang aku tengah emo..xtau kenapa!SUDDENLY AKU JADI EMO!
tadi elok je makan KFC my beloved daddy beli and bawak balek umah!woohooo!Sekarang tetiba jadi emo
sebab?
okay..

its start here..

ada kat FB ni..aku jumpa post kawan aku..kawan?kawan tapi tak mesra.Haha..
Depa tengah cre8 nama group..so aku baca je la status tu..then buat bodoh
lps tu tetiba tah bila harinya..
aku jumpa kawan yang biasa aku rapat..
before aku jadi ketua kelas mengonk tu..
depa pun ada nama group sendiri pulak
yang peliknya..nama aku TIADA dan aku xtau langsung psl ni
depa langsung tak bagitau dan tidak pernah bagitau sampai depa ada bagi 1 kertas kot..
dan ada 1 perkataan dan 5 huruf untuk group tu..

so aku cover lah sikit perasaan aku yang aku tersentap ni..
"eh?nama aku xde ke?" soalan tu je aku tanya tapi seingat aku depa x jawab soalan aku tu..(bukan exam lah katakan..sbb tu depa x jawab..kahkahkah!)


So aku buat bodoh tahap Gaban a..
tapi bila aku tetiba nampak depa sayang beno dengan nama tu..
sampai kat tapak tangan ada perkataan tu..(inai maybe?atau pun highlight..tapi aku rasa inai)


aku agak tersentap lah..
sekarang pun depa dah kurang gila lepak dengan aku
aku lepak dengan adillah,azrena dan fatin..adillah and azrena ni syok gak kawan dengan depa..gila2 jugarks!XD
adillah ni kkdang dia ske ter-cakap mende2 above 18 tu..
azrena lak minat animation <macam aku kot..tp aku kurang layan> dan dia bersikap ala-ala lelaki.Syok gila kawan dengan azrena ni..
even adillah!<3

fatin..dia ni pendiam..dan dia memang pandai..orang kata..orang pendiam pandai orangnya..hehehehe..

teringat zaman sekolah rendah..aku memang pendiam..tak banyak cakap.Masuk je sekolah menengah.Bumbang bumbang aku cakap.= =

Okay..Sambung balik citer tu..

haaa..
kalau depa x lepak dengan aku..
dengan siapa?
dengan kelas lain..:D

aku agak pelik jugarks..kenapa eh?
kenapa ada sesetengah dari depa macam tak layan aku?
aku tanya sikit..dah macam xnak layan..
macam aku cerita dekat post sebelum ni..Sila rujuk di sini jikalau anda belum baca..:D<click>

so sekarang aku start rapat balik dengan kawan sekolah rendah aku @ sekolah lama aku..kan darjah 5 aku pindah sekolah~:D

adillah lah orangnya!:D

tak sangka dapat jumpa dia kat sekolah menengah ni..1st year memang kurang nak bercakap..
tapi bila lama2 ..GEMPAK!XD

ops?
eh!Eh!
mood emo aku dah hilang..
yahuu!!

btw,
tolonglah bagitau org yg sebelum ni korang rapat bila korang nak reka nama group semua tu..
tolong ye?
sbb ni akan buat salah satu individu akan kecik hati..
macam aku
memang aku sentap..sentap kejap..
tapi tu hanya luaran..
tapi di dalaman?siapa tahu?
allah swt je tau..><

its all about me!




Name:Ifa Joe (i didnt give my full name because its secret!muahahaha!)
Age:(Find it by urself!Mwahahah! )
I/C Number:
Religion:Islam
Country:Ipoh,Perak.

Okay,sekarang aku akan cerita tentang aku!

Hobby:

Reading
Aku minat membaca.Sebab dengan membaca ilmu kita akan bertambah.There're many types of reading materials that i love to read.Example:Novel,comic,magazine and newspaper.Reading is like my BEST FRIEND FOREVER!


Drawing
Aku minat bidang-bidang art.Sebab apa?Aku pun tak tahu.Maybe kita boleh lukis apa yang kita nak tanpa orang halang?Eh!Tapi tak jugak..sebab ada sesetengah orang,family dia tak sokong dia or tak membenarkan dia membuang masa dengan melukis.Tapi bagi aku,melukis adalah satu ilmu jugak.Kita boleh dapat duit dengan melukis jugak kan?Okay.Aku memang addict dengan art/drawing.Banyak duit aku laburkan untuk beli stationary untuk melukis.Tengok?betapa minatnya aku dalam bidang lukisan.Aku akan lukis 'chibi' and anime.Sometime aku suka reka baju.Konon nak jadi fashion designer lah kan!Kahkahkah!Aku melukis pun bila aku ada free time,atau waktu aku tengah boring takde keje.

Play badminton
My only favorite sport!Badminton..kenapa mesti badminton?Entahlah..badminton ni seolah-olah..permainan yang sangat fun.Bagi akulah.Dan itu adalah hobi aku.Bukan hobi kau pun kalau kau tak suka.Kahkahkah!

Drinking
Ops?Drinking?Hahaha..minum air mineral lah!Atau air-air yang halal dan boleh di minum mengikut undang-undang islam.Aku memang kuat minum air!Waktu sekolah rendah..aku bawak botol sebesar jag!Bayangkan..sampai je rumah memang komfom air dalam botol tu tinggal ZERO.Bayangkan..betapa kuatnya aku meminum air.Hohoho!

Cooking
Aku suka memasak jugak!Kekadang kalau aku lapar,bosan..mesti aku masak.Tak pun kekadang kalau nak tonton DVD mesti aku masak.Kekadang kalau rajin..burger tu aku potong2 buat jadi huruf2.Kekadang kalau ibu aku sakit ke..demam ke..aku masak~


Sewing
okay!Aku minat gila sewing..kekadang kalau ada free time..aku akan reka baju..baju barbie je..kekeke..


Snap pictures
Aku suka snap snap pic.Macam photographer.Hehehe..

Editing pictures
Haa..aku pandai jugak dalam bab2 edit ni.Tapi x EXPERT lah kan..cuma biasa2 je.Dan kalau nak aku edit header korang ke..boleh je.Sedia kan pic semua je..lps tu aku leh tolong edit kan..free :D.

Hobi aku memang agak keperempuanan~Muahahaha~

Ambition:Tu..kau kena cari sendiri.

Extras!!

Okay..Kat sini aku nak cerita sikap aku.Aku suka panggil kawan2 perempuan aku 'sayang' semua tu..so jangan pelik kalau aku panggil korang 'sayang' semua.Sebab tu memang sikap aku.Lagipun aku dah biasa dengan kakak2 aku dengan bersikap macam tu..yo la..kitaorang ni agak sempoi..so tak kisah.Lantak p le orang nak pikiaq aku lesbian ke apa..yang pasti aku BUKAN LESBIAN dan tidak akan menjadi lesbian.Aku    berkata-kata hanya di mulut..bukan dengan hati skali aku terjah nak kasi korang.MAAF,aku bukan LESBIAN dan aku seorang islam dan aku belajar agama dan aku tau apa dosa jikalau kita menjadi seorang LESBIAN.


Aku pun seorang yang agak pendiam.Aku akan bercakap bila aku perlu dan jikalau aku ada topic aku akan bercakap.Aku jugak kurang gemar dengan orang yang kuat bercakap sebab penat nak dengar..penat nak layan.

Aku jugak seorang yang bukan kedekut ilmu..so kalau ada apa2 yang tak faham boleh tanya aku.Tapi kalau aku tak tahu jangan marah.:D


Aku seorang yang GILA GAME..so kalau ada game best2 nak di rekomenkan..bgtau jaw..insyallah aku akan layan~XD

buat post tentang aku

okay..
nanti aku akan buat post 'about me'
aku nak korang kenal aku just like my family..
sebab!
ada sesetengah kawan2 aku tak kenal aku..cara aku semua
so sebelum nak betul2 rapat dengan aku macam gam UHU..
anda mesti baca post 'about me' yang aku akan post sebentar lagi ye?

STAY TUNED DEAR!

Kalau tak nak kawan..

kalau taknak kawan just straight to the point k?
tak payah nak jauh2 kan diri dari aku..buat macam aku ni orang gila yang dah tak mandi untuk beberapa tahun ke bulan ke minggu ke hari ke jam ke minit ke saat ke apa ke.
aku boleh perasan semua tu
ingat aku ni terlampau bengap atau terlampau bodoh atau terlampau 'bijak' dengan cara kau layan aku?
eh sat?
ada ke ko layan aku?
aku rasa tak kut
setakat tanya

contoh:"mana rara?"

nenek aku pun leh jawab..
i mean..
bila aku tanya hang,hang diam
tak pun bila aku cakap dengan hang..
hang diam dan terus pergi dekat kawan hang
aku ada buat salah ke?
entahlah
tapi tengok je perangai kau dah buat aku sakit hati..
eh sakit hati?
tak tak!
kecik hati je~

so,tolong bagitau depan depan aku kalau taknak kawan dengan aku..sebab aku boleh tau dan akan tau dengan cara korang layan aku semua okay?

kalau tak puas hati dengan aku bagitau..
kalau sakit hati dengan perangai aku bagitau..
kalau benci aku bagitau..
kalau sayang aku bagitau..
kalau meluat dengan aku sila bagitau..
kalau tak tahan dengan perangai aku yang kekadang suka ngengada bagitau (maaf,kalau aku act ngada2 aku saja nak main2..tak payah nak kecoh cakap aku gedik ke apa..)

kalau tak suka dengan sikap aku sila bagitau aku

ASAP!

= =

tak payah nak pinggirkan aku ke apa!

Sleeping beauty

Huh?
Sleeping beauty?
cerita ke?
Ar..lebih kuranglah.
tapi cerita ni real punya!Aku tonton dengan mata aku..depan mata aku..Mwahahaha..

waktu sekolah rendah..
ada sorang minah ni..
Dia kuat tidur..
kekadang kalau cikgu ajar dia tidur..
waktu peperiksaan dia tidur..
kalau boleh semua tempatlah dia p tibai tidur..
sampai cikgu gelarkan dia 'sleeping beauty'
hahaha!
lawak gila..
waktu tu aku baru je kat sekolah tu
darjah 5 pindah
haha.

lawak gila lah waktu zaman sekolah rendah

tapi masuk je sekolah menengah..
terpisah dengan kawan2 kat sekolah rendah sebab lain2 kelas..
nak contact pun susah sebab busy gila!

kalau tegur pun say 'hi,bye'
xpun senyum senyum je..
xde cakap2 pun.
Huhu..sedih sungguh hidupku ini..
XD

aiks?
tukar topic lak..
okay sambung!

er..tu je la aku nak citer..

NOTE.

Jangan sesekali tidur dalam kelas or what ever..i mean..KERAP TIDUR sewaktu cikgu tengah ajar ke..tang amek exam ke..
untuk mengelakkan daripada di gelarkan 'sleeping beauty' kahkahkah!

Happy~

Omg!!
asal aku happy semacam je ni?
mestilah happy~
sebab..

MY EXAMINATION ENDED!YAY!Tak payah pecah otak untuk study semua!kahkahkah!


HAPPY~Happy~

XD

Cuma!
takut nak tgk grades nanti!
OMG!

*fainted

Kenapa?


Jangan tanya kenapa aku tak update blog..T.T
kerana soalan mu itu sungguh senang untuk dijawab.
kalaulah exam ada keluar soalan macam ni..memang macam2 aku tulis

Tapi..apakan daya..semua itu hanya angan2 kosong!

<ayat novel pulerks aku ni>

btw,
di sini akan aku berikan jawapan2 kenapa aku tak update blog.

Sebab yang pertama.


Aku akan update blog bila aku ada masa.Sebab..aku kan ada ciri2 businesswoman~Kahkahkah!
Joke~ (aku tau ia tak lawak langsung.Aku je over gelak)
Ye!Aku akan update blog bila aku ada masa sahaja..sebab aku memang busy dengan rutin harian aku!
Mwahahha~



Sebab yang Kedua.

Kekadang aku update blog bila aku ada topic untuk dikongsikan~

Sebab yang terakhir.

Aku pun kekadang tak tau kenapa aku tak update blog..kasihanilah diriku ini~Aku tidak bersalah!

haaa..So korang skang dah tau kenapa aku tak update blog kan?kan?kan?

yeye..so harap janggan tanya soalan yang sangat senang,mudah,itu lagi ye ye ye?Kerana aku memang cukup bosan dengan soalan tu..sobs..janganlah menyeksa diriku ini dengan bertanyakan soalan yang amat mudah kacang itu kepada diriku lagi~

Exam make me sick!

Tolonglah!
Kenapa mesti exam terus lepas sukan?
tak boleh ke bagi chance..
kasi minggu depan?!
arghhh!!
tension..

dah lah esok periksa jepun

jepun jepun jepun jepun jepun jepun

Tolonglah paham~
Pening otak aku..
Tadi dah lah tak sempat study sejarah..
sebab tidur sampai tak ingat dunia ..
sebab semalam dah baca sains sampai pukul 3..
Urghh!
sakit otak ku~Sobs..
math?
math alhamdulillah senang..
harap2 dapat 'A'..amin~ T.T

Exam


Omg~
minggu depan exam!
tak percaya gila..
study pun tak lagi..
tidakkk!

aku suka exam sebab beg akn jadi ringan
tapi aku tension dengan exam sebab takut tang nak dapat result tu..
berdebardebar jantungku!
kahkahkah!

wish me luck bebeh! T.T

takutnya exam~T.T

Hatsune Miku





Hatsune Miku..
anime yang paling aku suka!
tak tahu kenapa..
maybe sebab dia comel?
Atau..lagu dia best2?
atau..sebab rambut dia yang panjang lagi berwarna biru!
kahkahkah..

Tengok cara michelle phan make up..rasa mcm betul2 nye hatsune miku..

love u michelle phan..dari dulu aku suka tonton dia punya Video~<3 XD

Penat..


penat gila!
penat sebab?
penat sebab cikgu tetiba masukkan nama aku dalam perbarisan..
lagi 1 tugasan jadi ketua kelas..
URGHHHH!!

dem!
perbarisan tu waktu 1st memang aku taknak masuk..tapi bila fikir2kan balik..masuk je lah..kalau menang alhamdulillah!mwahahaha!dapat hadiah!yahuuu!

tapi bab ketua kelas tu sangat memenatkan..
tekak ni ha dah sakit dah jerit tadi..
sebab ramai budak buat bising..
sakit otak aku..
bila aku kasi chance..pandang je depa,depa xnak duduk diam..
bila aku dah hangin 1 badan ..kasi aku jerit..baru nak diam..
lepas ni apa?
lepas ni kalau aku jerit pun tak menjadi apa?
nak aku penampar muka korang pulak?
aku bila marah memang aku marah semua orang..
takde pilih2 kasih..
that's just not my style k~
bila korang rasa aku macam pilih kasih..
bagitau je..:D

lagi 1..
apa korang ingat bila cikgu takde korang leh bumbang 1 kelas sampai runtuh?
tak..
kalau kelas jauh dari pejabat & bilik guru aku tak kesah sangat..
tapi bila kelas kita atas pejabat & dekat dengan bilik guru..
tu membuatkan aku leh naik hangin..
dan bila cikgu naik kelas..
siapa yang kena blame?
semua orang kena blame..
especially aku..seorang ketua kelas..
memang kompom kena marah..= =

ARGHHHH!!PENAT!!

Bajet

Nak tau siapa bajet?
budak asrama dekat sekolah aku..
Bajet..poyo..berlagak..semua leh kasi depa
budak2 asrama kat luaq sana..kalau terasa aku taknak cakap sorry k~sebab kekadang orang terasa ni lah sebenarnya ada ciri2 yang aku list kan tu..
sorry kalau aku kejam
tapi masalahnya bukan aku sorang yang cakap budak asrama dekat sekolah aku tu poyo semua..
kawan2 aku pun ada cakap..

sekali lagi aku nak ingatkan
budak2 asrama yang baca post ni..jangan terasa..
kalau korang terasa no komen a..
mungkin korang ada ciri2 yang aku dah list kan tadilah kan..
Lagipun aku cakap pasal budak asrama dekat sekolah aku..
bukan sekolah kome..
kahkahkah!

kenapa depa poyo?
that's things i have no idea..
susah nak terangkan
kena tengok dengan mata sendiri..baru terbaik!:D

tapi kalau gedik tu aku memang insyallah leh terangkan
sebab..
MEMANG DEPA GEDIK PUN!
tergedik2 tengah padang
jerit la..gelak la..macam mintak penyepak dari aku pun ada..= =

haiii mambang ifa joe..sabo je le..

depa ingat depa dapat asrama kat sekolah aku tu dah kira baik a?
eh,tolong sikit..setakat asrama kat sekolah aku tu..
baik tak payah
jadi orang biasa macam aku lagi best
leh balik rumah cium parents,family semua..
dari korang..kena tunggu 2minggu baru leh balik..
pui!
kalau dak MRSM ke..SBP ke..korang nak main jeling-jeling mata ngn aku pun aku tak kisah sangat..
sebab korang memang pandai lah kan..
kecuali SBP tu..aku kurang sikit..
MRSM ye aku agak nak salute sikit..sebab susah nak dapat MRSM ni..

tapi aku rasa..kurang budak2 pandai yang berlagak kan kan kan?


tapi kalau korang kalau setakat asrama kat sekolah aku toksah le main jeling2 mata..nek muntah aku nenguk nya..
lps tu macam mintak aku sepak muka kau tu je..

ya Allah!sabo la ifa joe oii! T.T

1 murid 1 sukan


Mwahahahaha!
guess what!
hari sabtu hari tu..aku tak pergi..
sebab~~~
ADA KURSUS PANDU PUTERI
happy gila..
sebab aku malas nak lari ..
mwahahahah!
tengoklah..betapa malasnya aku..

kalau boleh kursus pandu puteri tu pun aku tak nak p tau..
tapi disebabkan nak dapat lencana tu..
terpaksa aku berusaha dengan tekun!
yahuuuu!

happy happy~mwahahaha!

Ketua Kelas

Okay jangan terkejut kalau aku cakap ni..

AKU ADALAH SEORANG KETUA KELAS..

since when?
sejak ..hari selasa..
yeargh!
aku adalah seorang ketua kelas..
disebabkan ex-ketua kelas tetiba letak jawatan mengatakan bahawa tanggungjawab sebagai seorang ketua kelas adalah berat.
waktu tu kelas sains..
so cikgu tetiba cakap gini

"siapa nak jadi ketua kelas..since your ketua kelas letak jawatan"

okaylah..
disebabkan ramai tak nak jadi..
dan aku xnak melengahkan masa
aku pun angkat tangan sambil cakap "SAYA CIKGU!"
haaa..
lu tengok..wa memang tak tau malu..
Cikgu pun setuju lah..
kawan2 aku pun setujulah..
cuma beberapa orang bangsa cina tidak setuju..
sebab apa?
i also dunno..
maybe sebab depa tak nak tengok orang beragama islam atau orang melayu 'up'

:D

so depa cakap la "cikgu..buat undian la.."

then my teacher said.."lagi mau buat undian ke?buang masa..xde..zarifah je la jadi ketua kelas"

okay..nak tau kenapa cikgu terus accept aku..
sebab dulu ada ketua kelas aku ni..lelaki..
dia dapat sekolah 'star' bukan sekolah depat bulan semua tu..:D

so yang ex-ketua kelas tadii (dia adalah cina)..
dia lah ganti mamat tu..dia jadi ketua kelas..sebab dia jadi penolong waktu 1st dulu..
so sekarang minta cari penolong je..
so aku lagi sekali sukarela cakap
"SAYA CIKGU!"

so vote la..
ada 2 orang cina ni..

vote vote vote..
cina yang menang..
so kitaorang punya ketua dan penolong adalah seorang cina..
bukan kitaorang tak suka cina..
bukan kitaorang benci cina..
cuma kitaorang agak pelik..kalau gitu sape nak bagi salam waktu kitaorang kelas agama..

gitulah citernye..
dari dulu lagi aku memang sukarela nak jadi penolong atau ketua..
cuma bila buat undian aku kalah sebab budak cina dalam kelas aku ramai gila!
dan budak melayu sikit..

mestilah budak cina menang..

okay now..
last-last aku terus dapat pangkat ketua kelas daripada ahli jawatan kuasa papan kenyataan bahasa inggeris..
:D

happy?
mestilah!
boleh tolong cikgu..
aku bab tolong cikgu memang aku suka!yay!XD

dan boleh suruh depa diam sikit..
sebab kelas aku atas pejabat..
so kena la senyap sikit..
tapi adalah sesetengah pihak tak faham..depa dok cakap cakap cakap..

so..bila aku dah jadi ketua ni aku akan jadi agak tegas,tak pilih kasih,tak terlalu bossy..dan bla bla bla..
kalau buat bising..
siap sedialah kena marah ye?

MWAHHAHAHAHA!(evil)

Kursus Pandu Puteri

Lama gila xupdate blog..
sebab apa?
Sebab aku busy..kahKaHKAhKAH

okaylah..
semalam aku baru balik dari kursus pandu puteri..
2 hari je kursus ni
hari jumaat and sabtu..
hari sabtu balik..

okay..
kursus ni bapak boring.
sampai tak sabar-sabar nak balik!

tapi..kursus ni tak boring sangat disebabkan ..
i just make a few new frens!AND I DEM EXCITED :D

2 orang cina..4 orang melayu..dan seorang india..

2 orang cina ni memang aku kamceng!Tak sombong..
comel pun comel aku tengok..
kahkahkah!

melayu pulak..
aku biasa-biasa je..:D
senyum2 je

india lak..
biasa-biasa jugak..

nak kasi tengok pic tarak boleh..
camera aku tak bawak coz bapak aku nak guna..sobs..

and..disebabkan tak nak lupa macammana kitaorang boleh jumpa..
MESTILAH MINTA...
FACEBOOK!
YAHOOOO!!

kursus ni pun agak best sebab bila aku senyum kat orang tu..
mesti orang tu balas..
dan aku paling suka bila aku senyum kat orang tu..orang tu balas..
bagi aku..itu menandakan dia xsombong..dia baik..macam-macam lah!
:D

so rajin-rajinlah senyum yaw..:D
Copyright 2009 Jamban. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | Blogger Templates